Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sumbangan Masjid Merangkumi Semua Kaum

By 18 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

PANTAI KUNDOR, 18 Jul ( Malaysiaaktif) – Pihak pengurusan Masjid Mohsinin mengambil inisiatif menyediakan kit makanan asas bagi membantu semua penduduk kariah yang terjejas atau tidak mempunyai sumber makanan asas termasuk untuk orang bukan Islam.

Menurut Pengerusi Masjid, Rahmat Bakar, 58, sumbangan kali ini meliputi semua rumah dalam kawasan kariah Pantai Kundor tanpa mengambil kira status kewangan,agama atau bangsa penghuni rumah tersebut dan melibatkan hampir 380 buah rumah.

“Pihak masjid menggunakan dana masjid sebanyak RM14,000 untuk menyediakan 350 kit makanan manakala pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka menyediakan sebanyak 30 kit makanan yang mengandungi makanan asas antaranya beras, gula, minyak, bihun, tepung, air mineral dan lain-lain lagi.

Barangan keperluan harian yang akan diedarkan kepada semua rumah kariah Pantai Kundor.

Barangan keperluan harian yang akan diedarkan kepada semua rumah kariah Pantai Kundor.

“Semua sumbangan kit makanan tersebut telah di edarkan dari rumah ke rumah bagi mengelakan pengumpulan orang ramai di kawasan masjid,” ujarnya ketika ditemui selepas memberi sumbangan kepada kariah Pantai Kundor, di sini kelmarin.

Tambah Rahmat, selain sumbangan kit makanan pihak masjid juga ada menyediakan rak bank makanan di kawasan lobi masjid yang mengandungi barang makanan asas bagi memudahkan penduduk kariah Pantai Kundor yang terputus bekalan makanan asas sewaktu pandemik COVID-19 ini mendapatkan bantuan.

Salah seorang penerima sumbangan, Ng Soo Hun.

Salah seorang penerima sumbangan, Ng Soo Hun.

Penerima bantuan, Ng Soo Hun, 70, meluahkan rasa syukur kerana dalam keadaan semasa yang sangat mencabar bagi semua penduduk tanpa mengira golongan masih ada pihak terdekat yang prihatin untuk menghulurkan bantuan.

-FF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda