Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Perkhidmatan Telekaunseling MAINS Bantu Individu Terkesan

By 13 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)

SEREMBAN, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 122,328 panggilan telah diterima oleh Talian Bantuan Sokongan Psikososial daripada 1 Januari sehingga 18 Jun 2021.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, menerusi satu kenyataan di Facebook berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pastinya memberikan pelbagai tekanan terhadap masyarakat termasuklah daripada aspek kesihatan mental.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 109,806 atau 89.4% adalah berkenaan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial seperti kehilangan punca pendapatan, hilang tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga.

“Menyedari kepentingan sistem sokongan terhadap individu yang terkesan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengambil inisiatif mewujudkan Perkhidmatan Telekaunseling MAINS,” ujarnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai masalah dan ingin mendapatkan sesi kaunseling boleh menghubungi mana-mana Telekaunseling di Menara MAINS Seremban menerusi talian 06-7651505 (sambungan 116) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Orang ramai juga boleh menghubung Telekaunseling Senawang di talian 06-6792215 bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda