Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiada Bukti Masalah Tumor Lama PM Berulang

By 4 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang dihidapi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri yang dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin yang dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda