Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Wanita Ditemukan Mati Terbakar Dalam Kereta

By 8 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

SELAYANG, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Seorang wanita tempatan ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta yang terbakar dalam kejadian di Jalan Bendahara, Bandar Baru Selayang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed, berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam tentang kejadian sekitar pukul 4.20 pagi.

“Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah ke tempat ejadian bersama pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Selayang untuk membantu memadamkan kebakaran.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, terdapat seorang wanita tempatan berumur 43 tahun berada di tempat duduk pemandu telah meninggal dunia.

“Kereta tersebut telah terbakar 40 peratus di bahagian dalam sementara mangsa melecur 15 peratus dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan diklasifikasikan di bawah Kes Mati Mengejut (SDR) dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Gombak ditalian 03-61262222.

-RI

Tinggalkan komen anda