Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Aktiviti Sukan Nadi Pembentukan Keluarga Malaysia

By 19 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Musliha Yusof (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Konsep Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri disambut baik oleh para penduduk di sini dengan menyertai aktiviti sukan sempena program Sepakat@Komuniti Daerah Batu Pahat sebagai sebuah keluarga yang menerapkan nilai-nilai murni, kebersamaan, berkasih sayang serta saling menghormati antara satu sama lain.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Raja Nor Rashidah Ramli, konsep Keluarga Malaysia sebenarnya sangat inklusif, yang mana ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Hasrat Perdana Menteri adalah untuk melihat seluruh rakyat di negara ini saling melengkapi merupakan satu tindakan yang bijak dalam membentuk perpaduan demi kemaslahatan bersama.

Azizah percaya bahawa aktiviti sukan merupakan antara platform yang paling berkesan dalam menyatupadukan masyarakat setempat.

Azizah percaya bahawa aktiviti sukan merupakan antara platform yang paling berkesan dalam menyatupadukan masyarakat setempat.

“Penganjuran aktiviti-aktiviti sukan seumpama ini merupakan medium terbaik dalam menyatupadukan masyarakat setempat,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Sepakat@Komuniti Daerah Batu Pahat di Pusat Kegiatan Kemajuan Masyarakat Sri Gading, di sini, semalam.

Seorang peserta aktiviti sukan yang ditemui, Azizah Ahmad, meluahkan keterujaannya dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan berikutan sudah sekian lama beliau tidak menyertai aktiviti sukan yang seumpama ini.

“Saya percaya bahawa aktiviti sukan merupakan antara platform yang paling berkesan dalam menyatupadukan masyarakat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Raja Nor Rashidah Ramli menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang ibu tunggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Raja Nor Rashidah Ramli menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang ibu tunggal.

“Lihat sahaja wajah setiap peserta yang menyertai aktiviti ini, mereka kelihatan sungguh ceria kerana dapat bersukan bersama-sama setelah sekian lama tidak bersua muka berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara,” ujarnya.

Pegawai Kemajuan Masyarakat Daerah Batu Pahat Asrap Mokhtar berkata walaupun ketika ini kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19, namun program ini mampu dilaksanakan dengan skala kehadiran yang kecil dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Pelbagai aktiviti sihat dianjurkan seperti senamrobik, jalan kaki 10,000 langkah, pertandingan J-Robik dan Kuiz Kenegaraan yang turut disertai warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Pertandingan J-Robik antara aktiviti yang menggamatkan suasana dengan persembahan menarik daripada para peserta disertai alunan muzik yang ceria yang mana Kumpulan Mak Dara telah berjaya mendapat tempat pertama.

Turut hadir, Penghulu Mukim Sri Gading Azar Aziz, Penghulu Mukim Bagan Mohd Azri Tresno dan Penghulu Mukim Sri Medan Mohd Azmim Zober.

-NI-

Tinggalkan komen anda