Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorMA

Keluarga Malaysia Berlandaskan Nilai-Nilai Kekeluargaan

By 16 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Sempena Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 12 Rabiulawal ini, Pejabat Penerangan Daerah menganjurkan Program Sepakat@Komuniti #KeluargaMalaysia Daerah Kluang dengan pengisian berbentuk kerohanian bagi meraikannya.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang Herman Raban, konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia sangat sinonim dengan rakyat di negara ini yang mana ia berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam setiap keluarga.

“Pendekatan yang diambil oleh kerajaan melalui konsep hormat-menghormati dan mengangkat nilai-nilai murni sebagai panduan dalam mengukuhkan lagi kekuatan Malaysia yang memiliki keunikkan dan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

Acara memotong pulut kuning sempena Ulang Tahun Jabatan Penerangan Malaysia ke-111 tahun.

Acara memotong pulut kuning sempena Ulang Tahun Jabatan Penerangan Malaysia ke-111 tahun.

“Konsep Keluarga Malaysia diibaratkan seperti sepohon pokok yang mana akarnya bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, manakala batang dan rantingnya menjulang kukuh nilai-nilai Keluarga Malaysia yang memberi manfaat kepada rakyatnya,” katanya semasa merasmikan Program Sepakat@Komuniti #KeluargaMalaysia di Dewan Terbuka Sekolah Agama Kompleks Penghulu Mukim Renggam, di sini, hari ini.

Penghulu Mukim Rengam Ahmad Farhan Abu Bakar ketika ditemui berkata, penganjuran program ini sangat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dalam menyampaikan maklumat terkini berkaitan konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

“Program ini pertama kali diadakan secara bersemuka apabila sebelum ini ia tidak dapat dibuat berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Pegawai Penerangan Daerah Kluang menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang merupakan antara pengisian program pada hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Kluang menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kluang. 

“Penganjuran program ini dalam suasana norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” ujarnya.

Turut diadakan sesi ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mohd Assubhi Sidon dari Pejabat Kadi Daerah Kluang yang membicarakan topik tentang “Rasulallah SAW Insan Luar Biasa.”

Beliau mengingatkan para pengunjung agar sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan berselawat ke atas baginda bagi mendapat shafaat dan juga sebagai tanda terima kasih kepada baginda.

Pada program tersebut, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) turut menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kering dan juga wang tunai kepada 30 orang penerima yang terdiri dari golongan Asnaf.

Turut hadir, Amin Baitulmal MAIJ Daerah Kluang Al- Azhar Ahmad Fazil dan ketua-ketua kampung Mukim Renggam.

-NI-

Tinggalkan komen anda