Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Meningkat Sedikit kepada 7,509

By 17 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 meningkat sedikit kepada 7,509 kes semalam berbanding 7,420 kes kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 7,509 kes baharu yang dilaporkan itu hanya 116 kes atau 1.5 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala 7,393 kes atau 98.5 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 16 kes merupakan kes import manakala 7,493 kes adalah kes tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 semalam.

Menurut Dr Noor Hisham kes sembuh pula merekodkan 9,531 kes mengatasi kes baharu.

Katanya kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah sebanyak 630 kes dengan 281 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat sembilan kluster baharu dikenal pasti membabitkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster pendidikan dan masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko.

Sebarang maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dengan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda