Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PDRM, SKMM Setuju Wujudkan Portal, Perkongsian Tenaga Pakar

By 16 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bersetuju untuk mewujudkan portal perkongsian maklumat dan perkongsian tenaga pakar menerusi penempatan pegawai PDRM di SKMM.

Perkara itu dimuktamadkan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Induk PDRM-SKMM semalam yang dipengerusikan bersama Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi SKMM Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan agar lebih pantas dan berkesan.

Dalam kenyataan bersama PDRM dan SKMM yang dikeluarkan sempena mesyuarat semalam menyatakan mesyuarat turut menjurus kepada pemantapan tindakan dalam aspek siasatan, operasi, pencegahan jenayah dan pentadbiran.

Kenyataan bersama itu menyatakan PDRM dan SKMM terus mengukuhkan jalinan kerjasama dalam membanteras jenayah serta melindungi masyarakat bagi memastikan ekosistem digital sentiasa selamat untuk pengguna.

“Pengukuhan kerjasama ini merupakan komitmen sepenuhnya kedua-dua agensi dalam usaha membanteras jenayah bagi melindungi pengguna Internet dalam negara termasuk dalam isu berkaitan ketenteraman awam di media sosial,” menurut kenyataan bersama itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda