Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Turun kepada 7,420 Kes

By 16 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 menurun kepada 7,420 kes setakat semalam berbanding 8,084 kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi COVID-19, beliau berkata daripada kes baharu yang dilaporkan semalam, hanya 108 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 7,312 kes atau 98.5 peratus lagi kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

Menurutnya kes sembuh pula merekodkan 11,413 kes mengatasi kes baharu.

“Kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatat 635 dengan 282 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya semalam.

Selain itu, katanya 13 kluster baharu dikenal pasti membabitkan sembilan kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti serta satu kluster pendidikan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seorang kanak-kanak perempuan tempatan berusia empat tahun menjadi kes indeks kluster Persiaran Perdana di Putrajaya apabila didapati positif pada 10 Oktober lepas hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pelajar di sebuah institusi pendidikan yang terletak di Persiaran Perdana, Putrajaya. Individu mula bergejala pada 8 Oktober dan kini terdapat 11 orang telah dijangkiti daripada 33 saringan yang dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda