Skip to main content
Berita SelatanMAMelaka

Sumbangan Perayaan Deepavali Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

By 27 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

MELAKA, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali telah merasmikan Majlis Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2021 bagi Parlimen Hang Tuah Jaya di Dewan Bendahara, Ayer Keroh.

Dalam Majlis sumbangan ini, Kerajaan Negeri Melaka telah menyalurkan bantuan kepada 160 orang kaum India yang tidak lama lagi akan menyambut Perayaan Deepavali pada 4 Oktober 2021, antara penerima sumbangan adalah terdiri daripada golongan warga emas, golongan yang berkemampuan dan juga kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut Sulaiman Md Ali, program sumbangan ini akan berlangsung sepanjang minggu ini yang meliputi kesemua kawasan Parlimen di Melaka dengan memberi sumbangan Deepavali kali ini dalam bentuk wang sejumlah RM 200 dan seramai 1,120 orang akan menerima bantuan ini.

“Saya bersyukur terhadap Kerajaan Negeri Melaka yang tidak pernah lupa untuk menghulurkan bantuan perayaan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan saya berharap sumbangan yang diberi ini sedikit sebanyak dapat membantu bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Deepavali tahun ini.

“Perayaan Deepavali tahun ini berbeza dengan tahun lepas dan kaum India juga bertambah semangat untuk menyambutnya kerana kini tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, malah sekatan jalan raya pun tiada lagi dan diberi kebenaran rentas negeri yang membolehkan mereka berkumpul semula dengan keluarga dan rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di Dewan Bendahara, di sini kelmarin.

Sulaiman menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada kaum India yang kurang berkemampuan.

Sulaiman menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada kaum India yang kurang berkemampuan.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua , supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan, perlu menjaga penjarakan kendiri dan tidak lupa memakai pelitup muka walaupun pergi ke mana-mana tempat untuk menyambut perayaan Deepavali.

“Saya juga menyeru rakyat melaka untuk berkerjasamana dengan Kerajaan Negeri bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini dan kita dapat menjalankan kehidupan seperti biasa,” katanya lagi.

Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Kamel Mohamad; Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Kelurga dan Kebajikan Negeri Melaka, Latipah Omar; Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Rahmad Mariman dan Setiausaha Khas Hal Ehwal, Masyarakat, Mahadevan Sanacy.

-FF

Tinggalkan komen anda