Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kempen Gaya Hidup Sihat

By 29 November 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang Keluarga Malaysia sekitar Kuala Klawang telah menyertai acara berjalan tiga ribu langkah sempena Kempen Gaya Hidup Sihat anjuran Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kuala Klawang pagi Sabtu.

Acara berjalan ini telah dimulakan seawal 7.30 pagi bermula dari Tabika Perpaduan Kuala Klawang dan menggelilingi sekitar Stadium Mini Majlis Daerah Jelebu dan berakhir semula di Tabika Perpaduan Kuala Klawang

Kempen Gaya Hidup Sihat ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu bertempat di perkarangan Tabika Perpaduan Kuala Klawang.

Jalaluddin dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada KRT Kuala Klawang kerana menjadi KRT pertama di Jelebu yang mengadakan program berbentuk kesihatan seperti ini.

Antara penerima bakul makanan.

Antara penerima bakul makanan.

“Kita mahu seluruh Keluarga Malaysia di Jelebu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan program atau kempen seperti ini adalah antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.”

Dalam ucapannya itu, Jalaluddin juga turut mengalakkan orang ramai untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 kerana dos ini boleh meningkatkan tahap imunisasi serta mendapatkan perlindungan optimum terhadap jangkitan COVID-19.

Menurut Pengerusi Rukun Tetangga kawasan Kuala Klawang Md Noh Md Yatim,Kempen Gaya Hidup Sihat sebenarnya di lakukan setiap tahun sejak 3 tahun yang lepas tetapi atas kekangan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan COVID-19 kempen ini terpaksa di tangguh selama dua tahun ini.

Sebanyak 20 keluarga menerima bakul makanan yang turut diagihkan pada program ini kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang serba sedikit dapat membantu meringankan beban dalam pasca endemik.

Selain dari acara berjalan 3000 langkah, kempen yang telah melibatkan kira-kira 100 penyertaan ini juga turut diserikan lagi dengan ceramah kesihatan dan pameran kenali ubat anda serta pemeriksaan kesihatan juga turut dijalankan dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu.

-FF

Tinggalkan komen anda