Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Program ‘Jom Isi Minyak Motor Percuma’ anjuran Pejabat Parlimen Jelebu telah diadakan di Stesen Minyak Petron Taman Cempedak DUN Chennah bersama Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu.
“Program Isi Minyak Motor Percuma ini akan diadakan di setiap DUN di Parlimen Jelebu. Bermula di DUN Chennah 1 dan di DUN Pertang pada minggu hadapan pula dan diikuti minggu-minggu seterusnya di DUN Sungai Lui dan DUN Klawang.
“Ini adalah pendekatan yang akan dilakukan oleh ahli-ahli Yang Berhomat bagi kawasan Parlimen Jelebu bagi sedikit sebanyak membantu menampung keperluan masyarakat yang berada di parlimen ini,” ujar Jalaluddin pada sidang media program Jom Isi Minyak Motor Percuma di sini kelmarin.
Apabila ditanya anggaran had pengisian petrol, beliau berkata pihaknya akan memperuntukkan selama dua jam untuk memberikan manfaat kepada peunggang motosikal dan setiap motosikal yang datang akan diisi sehingga penuh tangki tanpa mengira kapasiti enjin.
Salah seorang pemilik motosikal Murnah Ayob yang ditemui berkata beliau berterima kasih kepada pihak penganjur khususnya Ahli Parlimen Jelebu kerana mengadakan program seperti ini.
“Alhamdulillah rezeki di pagi Sabtu kerana dapat isi petrol percuma,” ujarnya.
Dianggarkan hampir 300 buah motosikal yang terdiri dari pelbagai kaum di sekitar kawasan ini mengambil peluang untuk mengisi petrol secara percuma di sini.
-FF