Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Harap Kelulusan Bajet 2022 Bakal Beri Sinar Baharu Keluarga Malaysia

By 19 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Bajet 2022 peringkat dasar yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam bakal memberi sinar baharu buat ahli Keluarga Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya malam tadi, Ismail Sabri berkata kelulusan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini meliputi pelbagai kaum, budaya dan agama dan tiada pihak yang akan tercicir.

” Alhamdulillah! #Bajet2022 peringkat dasar telah pun diluluskan di Dewan Rakyat hari ini (Khamis)…. Tiada siapa akan terpinggir,” katanya.

Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Ismail Sabri diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam apabila lebih suara bersetuju selepas undian suara dijalankan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda