Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

HBN 2021 Beri Penghargaan kepada Belia Labuan

By 19 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Acara kemuncak Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bakal memberi penghargaan kepada para belia tempatan di sini.

Menurut Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mohd Raiful Madarun, Acara kemuncak HBN yang akan dilaksanakan pada 20 November ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

“Hari kemuncak HBN yang akan dianjurkan bersama Majlis Belia Labuan (MBL) ada sedikit kelainan dengan mewujudkan satu anugerah khas kepada belia di Labuan.

Webinar Skim Perantisan Nasional W.P. Labuan, "Peluang Perantisan & Pekerjaan Belia" menjadi sebahagian pengisian HBN 2021.

Webinar Skim Perantisan Nasional W.P. Labuan “Peluang Perantisan & Pekerjaan Belia” menjadi sebahagian daripada pengisian HBN 2021.

“Selain itu, akan ada penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2021 peringkat Labuan bagi kategori pertubuhan dan individu, termasuk pengumuman secara rasmi pertubuhan belia di Labuan yang Berjaya mendapat tempat ke tiga dalam Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan.

“HBN 2021 juga adalah bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada belia terutama mereka yang terlibat dalam barisan hadapan semasa kerajaan memerangi pandemik COVID-19,” katanya semasa mengadakan sidang media di Kompleks Belia dan Sukan Labuan, di sini kelmarin.

Sementara itu, Presiden MBL, Abdul Mutalib Sahari, berkata MBL merancang dan melaksanakan 16 buah aktiviti bermula 4 November lalu yang melibatkan persatuan dan kelab belia akar umbi di sekitar Labuan.

Hiking Santai PBBBK.

Hiking Santai PBBBK.

“Pelaksanaan aktiviti adalah secara hybrid iaitu pelaksanaan aktiviti fizikal seperti Half Marathon Tertutup (BELA), Bengkel Roti KEBAL, Bengkel Asas Solekan Belia Kg. Bukit Kallam, Dodge Ball Game dan Berbasikal BAMBU, Hiking Santai PBBBK, Bola Tampar Tertutup Belia Lubuk Temiang.

“Manakala pelaksanaan secara dalam talian pula seperti forum agama: “Kahwin Muda”, Pertandingan Battle of Street Musician, Mine Craf Sutung Game Challenge, motivasi belia, kuiz belia dan pertandingan belia berkarya,” katanya.

Abdul Mutalib turut berharap pihak kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada golongan belia sebagai agen perubahan yang penting dalam pembentukan sebuah negara yang berjaya.

-RI

Tinggalkan komen anda