Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Agong Santuni Mangsa Banjir Taman Sri Muda

By 26 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marina Hila Idris/Siti Rosliza Ibrahim (Klang)

SHAH ALAM, 26 Dis (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat mangsa banjir Taman Sri Muda di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Dalam lawatan tersebut, baginda mencemar duli untuk beramah mesra selama sejam dengan 80 keluarga serta menyampaikan sumbangan kotak makanan daripada Istana Negara.

Turut mengiringi, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Seri Paduka Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada mangsa banjir.

Seri Paduka Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada mangsa banjir.

Terdahulu, baginda berkenan mendengar taklimat situasi terkini banjir di daerah Klang oleh Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji.

PPS CIAST merupakan salah satu pusat pemindahan sementara mangsa banjir dari Taman Sri Muda, Klang yang memberi perlindungan kepada 140 orang mangsa.

Mangsa banjir kanak-kanak di PPS CIAST.

Mangsa banjir kanak-kanak di PPS CIAST.

PPS ini mula beroperasi sejak 20 Disember lalu dengan menyediakan dewan utama serta bangunan asrama bagi menempatkan mangsa banjir.

-RI

Tinggalkan komen anda