Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PMM Salur Bantuan kepada Mangsa Banjir

By 26 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin (PMM)/PMM

MERLIMAU, 26 Dis (Malaysiaaktif) – Politeknik Merlimau (PMM) bertungkus lumus mengumpul dan membuat pengasingan barangan sumbangan daripada warga kampus, pertubuhan bikan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan untuk disampaikan kepada mangsa banjir terutamanya yang berada di sekitar Bukit Changgang dan Labuhan Dagang, Negeri Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Zan Aizuwan Zainal Abidin, pagi esok (Ahad) pasukan sukarelawan PMM akan berlepas dengan kekuatan 80 sukarelawan, dua bas, dua lori, empat kenderaan 4×4 serta dua kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa barangan makanan dan barangan kering untuk disampaikan kepada mangsa banjir.

Para sukarelawan berkampung di Pusat Sukan PMM bagi membuat pengasingan barangan mengikut kategori.

Para sukarelawan berkampung di Pusat Sukan PMM bagi membuat pengasingan barangan mengikut kategori.

“Program ini melibatkan sukarelawan terdiri daripada pensyarah, pelajar dan warga PMM, Insya-Allah pengarah Politeknik Merlimau, Mohd Hatta Zainal akan melancarkan misi ini sebelum bertolak.

“Kempen bagi mendapatkan barangan sumbangan bantuan banjir ini telah dilancarkan oleh Pasukan Polytechnic Social Responsiblity (PSR) PMM bermula 21 Disember lepas sehingga semalam,” katanya ketika ditemui di Dewan Pusat Sukan PMM, di sini semalam.

Zan Aizuwan (kanan) membantu para sukarelawan mengangkat barangan sumbangan ke dalam lori.

Zan Aizuwan (kanan) membantu para sukarelawan mengangkat barangan sumbangan ke dalam lori.

Tambah beliau, antara barangan yang digalakkan sebagai sumbangan adalah baju terpakai baharu, toto, tilam, susu, lampin pakai buang bayi, makanan kering atau apa sahaja barangan yang ingin disumbangkan.

“Selepas selesai misi bantuan ke Negeri Selangor, kami akan bergerak pula ke Negeri Pahang bagi meneruskan bantuan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda