Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Akui Kelemahan, Urus Banjir akan Ditambah Baik, Tanggungjawab Bersama

By 21 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail 

PUTRAJAYA, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir terutamanya di Selangor dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Beliau berkata tanggungjawab pengurusan bencana banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan pihak berkaitan setiap daerah memainkan peranan penting.

“Saya tidak menafikan (kelemahan) dan akan menambah baik pada masa akan datang… Tanggungjawab banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan frontliners adalah daerah-daerah.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hanya koordinator… kalau dianggap kelemahan koordinasi saya tidak membela sesiapa dalam keadaan begini, bagi saya semua perlu dipertanggungjawabkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Besar D’Sury Jelebu, Negeri Sembilan.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda