Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Politeknik Shah Alam jadi PPS

By 21 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/PSA

SHAH ALAM, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir di Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad, berkata politeknik dan kolej komuniti mempunyai kemudahan serta terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

“Apabila PSA diminta untuk menjadi PPS, kami terus bertindak.

“Motivasi pelajar serta kakitangan cukup tinggi untuk membantu, ia satu tindakan yang sangat murni dan wajar kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke PSA semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Sementara itu, Dr Noraini yang tiba pukul 8 malam diberikan taklimat sebelum menyantuni mangsa-mangsa banjir.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong turut menyerahkan sumbangan beg berupa keperluan peribadi dan penjagaan kesihatan.

Seramai 373 mangsa banjir kini ditempatkan di PPS PSA sejak 18 Disember lalu.

-RI

Tinggalkan komen anda