Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Johan Pertandingan Melakar Mural Kenali ASEAN Dirai

By 7 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Nor Aziana Azreen Roslan/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 3 DIS (Malaysiaaktif) – Barisan pemenang Pertandingan Melakar Mural Kenali ASEAN 2021 yang berlangsung pada 1 hingga 30 Oktober 2021 telah diumumkan secara rasmi pada 17 November 2021.

Berasal dari Ipoh, Perak, Woo Mei Shan berusia 15 tahun muncul Johan, bagi kategori murid sekolah (13-17 tahun) dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 berserta trofil dan sijil.

Bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ave Maria Convent, Ipoh beliau berterima kasih kepada pihak penganjur terutama Jabatan Penerangan Malaysia di atas penganjuran pertandingan tersebut.

“Diharapkan acara seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa supaya ASEAN lebih dikenali,” ujar beliau semasa ditemu bual.

Penghargaan dan penyampaian hadiah kepada Woo diraikan bersama ahli kelab Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) dalam acara Hi Tea Minggu Santai@KSKK yang di sempurnakan perasmian oleh Pengarah Penerangan Negeri, Mohd Taip Ubah.

Turut diadakan, penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pelbagai pertandingan yang telah berlangsung bermula pada 29 November yang lepas.

~RJ~

Tinggalkan komen anda