Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Bawah 3,000

By 27 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam mencatatkan angka bawah 3,000 dengan merekodkan 2,778 kes menjadikan jumlah kumulatif 2,741,179.

Kali terakhir negara ini merekodkan jumlah kes COVID-19 bawah 3,000 adalah pada 20 Disember lepas dengan 2,589 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu semalam, 2,718 adalah Kategori Satu dan Dua, manakala selebihnya merupakan pesakit Kategori Tiga, Empat dan Lima.

“Kes harian itu melibatkan 129 kes import dan 2,649 kes tempatan sementara kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 306 kes manakala 170 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata dua lagi kluster baharu dikesan menjadikan 218 kluster yang masih aktif sehingga kini, manakala nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini merekodkan nilai 0.88, setakat kelmarin.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 418 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir dengan membabitkan satu kes di pusat pemindahan sementara sehingga 3 petang semalam.

Katanya 193 kes penyakit berjangkit juga dikesan dalam kalangan mangsa banjir iaitu 94 kes melibatkan Jangkitan Saluran Pernafasan Akut; penyakit kulit (67); “Acute Gastroenteritis” (30); dan masing-masing satu kes bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta konjunktivitis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda