Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Khatam 30 Juzuk Bukan Penamat – Mufti Melaka

By 27 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasbullah Mustafa (MAZ)

AYER KEROH, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Mufti Negeri Melaka Sahibul Samahah Datuk Wira Halim Tawil, menjelaskan berjaya menamatkan hafazan bukanlah penamat sebaliknya suatu permulaan ke arah sesuatu yang lebih tinggi.

“Khatam 30 juzuk bukan penamat buat graduan, tapi sebagai permulaan untuk belajar lebih jauh hingga berjaya dapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke peringkat lebih tinggi.

“Dalam masa sama kita dengan al-Quran ini adalah saling menjaga antara satu sama lain dan penguasaan Bahasa Arab adalah satu keperluan kepada graduan untuk pergi lebih jauh lagi,” katanya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kali ke-2 Madrasah Azzakirin (MAZ) di sebuah hotel, di sini semalam.

Halim turut berpuas hati dengan pengurusan pentadbiran madrasah oleh MAZ setakat ini.

“Jika ditanya kepada saya bagaimana nak buka madrasah, secara peribadi saya akan cakap pergi tengok MAZ.

Para graduan berarak masuk ke dalam dewan Hotel Seri Malaysia bagi memulakan Majlis Konvokesyen.

Para graduan berarak masuk ke dalam dewan Hotel Seri Malaysia bagi memulakan Majlis Konvokesyen.

“MAZ mempunyai tanda aras tersendiri dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib dalam proses penubuhan dan pengoperasian sebuah madrasah yang berdaftar.

“MAZ yang memulakan operasinya sejak 2015 berusaha untuk memenuhi keperluan sistem pendidikan khusus kepada hafazan al-Quran melalui para tenaga pengajarnya yang terlatih, mempunyai kemudahan infastruktur yang lengkap, silibus pengajian yang tersusun, dan lembaga pengurusan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang agar selari dengan keperluan semasa,” katanya.

Majlis yang turut disertai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) Akmal Nadzim Abdullah, ibu bapa graduan serta pelajar-pelajar MAZ berjalan meriah dan penuh bersejarah kerana dilaksanakan dalam suasana norma baharu berdasarkan SOP yang telah ditetapkan.

Seramai 17 graduan ambilan kedua dan ketiga MAZ Ketapang Pernu, menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh pengajian sekurang-kurangnya empat tahun.

-FF

Tinggalkan komen anda