
Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 600 sukarelawan terdiri daripada agensi kerajaan,swasta,badan bukan kerajaan dan pelajar universiti menyertai Program Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu bagi membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar Jelebu.
Gotong royong perdana Keluarga Jelebu yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Jelebu dibahagikan kepada dua zon iaitu di Kuala Klawang dan Chennah.
Menurut ahli parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias,dengan adanya Program Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu ini dapat mempercepatkan lagi usaha usaha pembersihan dan membantu meringankan beban kepada Keluarga Jelebu yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Program Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu ini juga turut di sertai oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang bersama-sama membantu membersihkan Keluarga Jelebu yang terlibat banjir di Kampung Kemin Beringin.
Sebanyak lebih 100 buah rumah berjaya dibersihkan pada Program Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu yang terjejas akibat banjir yang berlaku pada 19 Disember lepas.
-FF