Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

KKMM Agih Bantuan Pasca Banjir

By 27 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengetuai misi bantuan pasca banjir ke Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan yang terjejas teruk akibat bencana banjir.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui sukarelawan Komuniti Keluarga Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebanyak 600 Kotak Kasih serta barangan keperluan termasuk tilam dan bantal kepada mangsa-mangsa banjir.

Misi hari ini turut mendapat kerjasama Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia antaranya Jabatan Penerangan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Mohd Sukari turut hadir memberi bantuan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Mohd Sukari turut hadir memberi bantuan.

Dalam sidang media disini Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga giat menjalankan kerja baik pulih dan memperbaiki 57 struktur komunikasi yang terjejas.

Turut menyertai misi hari ini Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Mohammad Mentek.

Menurut Lee Kok Leong, 48, ketika ditemubual berkata, ‘selama 40 tahun tinggal disini tidak pernah banjir, habis semua barang di rumah’.Beliau yang juga salah seorang penerima sumbangan turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sumbangan.

Nurhafilah Muharam, 53, yang juga salah seorang penerima sumbangan berkata,’rumah saya teruk dilanda banjir walaupun struktur rumah masih baik tetapi semua barangan dalam rumah musnah dan tidak dapat digunakan semula’.

Banjir yang melanda kawasan Kampung Chennah sejak 19 Disember lalu telah surut sepenuhnya.Kini penduduk sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan rumah kediaman mereka.

-FF

Tinggalkan komen anda