Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KKMM Hulur Bantuan Kakitangan Terjejas Banjir

By 29 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marina Hila Idris (Klang)/Juriah Suleiman (Petaling)

KLANG, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Lima keluarga daripada jabatan serta agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang terjejas banjir baru-baru ini dari Taman Sri Muda menerima sumbangan bantuan daripada sukarelawan Keluarga Malaysia kementerian tersebut.

Menurut Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, program bertujuan menyantuni kakitangan kementerian yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

“Sebenarnya pada hari kedua banjir berlaku (Ahad) lagi, KKMM telah menggerakkan sukarelawan daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah kementerian dan pengumpulan dana untuk membantu warga kerja yang terkesan akibat banjir.

Mohammad Mentek menyampaikan bantuan makanan kepada Jenny Anak Masam, kakitangan JaPen Selangor.

Mohammad Mentek menyampaikan bantuan makanan kepada Jenny Anak Masam, kakitangan JaPen Selangor.

“Bantuan yang diberikan dari segi makanan dan gotong-royong membersihkan kawasan rumah warga kerja yang dilanda banjir,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Muda, di sini semalam.

Katanya, diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban mangsa walaupun tidak sebesar kerosakan harta benda mereka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada 900 orang sukarelawan Keluarga Malaysia bawah kementerian itu yang digerakkan ke seluruh negara untuk membantu kakitangan KKMM serta mereka yang terkesan dengan banjir.

Mohammad Mentek menyampaikan bantuan keperluan rumah kepada Anita Sufiza Zakaria, kakitangan JaPen Petaling.

Mohammad Mentek menyampaikan bantuan keperluan rumah kepada Anita Sufiza Zakaria, kakitangan JaPen Petaling.

“Kita akan teruskan aktiviti kesukarelawan ini bukan hanya tumpuan kepada warga kementerian tetapi juga kepada seluruh kawasan-kawasan lain yang terkesan kerana banjir.

“Pesanan saya supaya mereka bersabar dengan dugaan dan kita doakan semoga keadaan kembali selamat,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor Ali Suhaili.

-RI

Tinggalkan komen anda