Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Litar Pintas Punca Kebakaran Kilang Plastik Tomypak Senai

By 19 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Kulai) 

KULAI, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Senai Kulai Johor musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Pihak Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Putra Kulai telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan dua jentera dan satu Unit EMRS.

Salah seorang pekerja gudang kilang, Ahmad, 35, yang ditemui berkata, kebakaran tersebut berlaku dengan cepat yang bermula pada satu bahagian suis elektrik mesin yang terbakar dan menyebabkan api marak dengan pantas.

“Berlaku percikan api di suis elektrik mesin dan menyambar bahan-bahan plastik yang berada di dalam gudang tersebut.

Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dari merebak ke kawasan yang berhampiran.

Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dari merebak ke kawasan yang berhampiran.

“Kebakaran itu bermula dari belakang hingga merebak ke semua gudang penyimpanan barang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Ketika ini difahamkan pihak bomba masih lagi dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut dengan keadaan cuaca mendung dan angin kencang.

Tinjauan ke lokasi kejadian pada jam 3.30 petang tadi mendapati api masih marak dan kepulan asap hitam dapat dilihat dari jauh.

Semasa kejadian terdapat beberapa orang pekerja sedang bekerja di dalam premis kilang terbabit dan semua pekerja bergegas keluar meninggalkan kawasan kejadian.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak bomba akan menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran tersebut apabila operasi pemadaman selesai.

-NI-

Tinggalkan komen anda