Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Mangsa Banjir di Tiga Negeri Semakin Berkurangan

By 30 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan dan Selangor terus mencatatkan pengurangan malam tadi.

Di PAHANG, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 5,987 mangsa masih berada di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan, berbanding 6,351 di 48 PPS petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang pula melaporkan hanya enam lokasi jalan masih ditutup malam tadi iaitu Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Maran, Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut), Jalan Ulu Dong (Raub) dan Jalan Southern Loop (Bentong).

Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM juga melaporkan sedikit pengurangan jumlah mangsa kepada 2,281 individu malam tadi berbanding 2,285 di 13 PPS petang semalam.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir turut mencatatkan penurunan setakat 9 malam tadi, dengan 31 orang daripada lima keluarga berbanding 42 orang daripada lapan keluarga petang semalam yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Pasir Mas.

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini aplikasi Info Bencana JKM menunjukkan jumlah mangsa di sebuah PPS di Jelebu kekal 29 orang daripada sembilan keluarga malam tadi.

MELAKA turut menunjukkan Arah aliran serupa dengan masih kekal dengan 26 mangsa daripada lapan keluarga setakat 8 malam tadii yang masih ditempatkan di PPS SK Penghulu Benteng, Jasin.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda