Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pelepasan Cukai sehingga RM1,000 Individu Lakukan Ujian Saringan COVID-19

By 15 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Pelepasan cukai sehingga RM1,000 kepada individu yang melakukan ujian pengesanan COVID-19 termasuk ujian pengesanan kendiri oleh seseorang individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak merupakan antara peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata ia terkandung di bawah pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan 2023,” katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam.

Mohd Shahar berkata pindaan itu turut memasukkan peruntukan perbelanjaan bagi pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi yang dilakukan oleh seseorang individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak.

Pada 9 November lepas, Mohd Shahar membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali pertama yang melibatkan pindaan ke atas lapan akta untuk melaksanakan langkah Bajet 2022.

Ia melibatkan Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda