Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Jumlah Kes Lepasi Angka 4,000

By 15 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 meningkat kepada 4,097 kes semalam setelah dua hari merekodkan jumlah di bawah angka 4,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh yang dicatatkan semalam pula ialah 4,301 kes.

“Daripada 4,097 kes baharu dilaporkan hari ini (Selasa), 86 kes atau 2.1 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 4,011 kes atau 97.9 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Noor Hisham kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara semalam ialah 0.94 dengan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi ialah Negeri Sembilan dengan 1.02 dan terendah ialah Sarawak (0.73).

Beliau berkata maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari, katanya.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda