Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Arah KPDNHEP Bertindak Segera Cari Penyelesaian Isu Harga Barang

By 3 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Isu kenaikan harga barangan keperluan mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bertindak segera dalam mencari penyelesaian terhadap masalah itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pagi semalam beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad bahawa Perdana Menteri mengarahkan supaya mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) diadakan secepat mungkin.

“KPDNHEP sedang buat persiapan untuk mesyuarat itu diadakan dalam beberapa hari lagi dan akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” katanya ketika menjadi tetamu program Dialog Tiga Penjuru: Runsing Harga Barang ‘Kayangan’ terbitan Astro Awani malam tadi.

Menurut Nanta, kementeriannya perlu menguruskan isu tersebut dengan baik supaya bukan sahaja pengguna dilindungi, malah pada masa yang sama peniaga tidak mengalami kerugian sekali gus berhadapan dengan risiko gulung tikar.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda