Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PM Sambut Baik Penglibatan Politeknik Bantu Mangsa Banjir

By 27 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

HULU LANGAT, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambut baik penglibatan para pelajar serta kakitangan politeknik Malaysia membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang.

Ismail Sabri berkata demikian kepada Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Dr Mohd Zahari Ismail ketika membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Dr Mohd Zahari berkata seluruh politeknik Malaysia melalui inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin turun padang membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

Katanya, politeknik dan kolej komuniti bertindak berdasarkan arahan dan penyelarasan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunuti (JPPKK).

(Dari kiri) Dr Mohd Zahari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Sri Nanding.

(Dari kiri) Dr Mohd Zahari menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Sri Nanding.

“Kami telah berjaya membantu mangsa banjir yang terjejas dengan tumpuan utama diberikan kepada warga JPPKK termasuklah kakitangan, pelajar dan komuniti setempat.

“Kami juga menerima sokongan yang padu daripada seluruh politeknik dan kolej komuniti dengan memberikan bantuan sama ada kewangan, peralatan ataupun tenaga kerja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pasukan sukarelawan PSA diketuai Dr Mohd Zahari tiba di Sri Nanding, Hulu Langat bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan serta menyerahkan bantuan berupa makanan, keperluan asas, alatan pembersihan serta wang tunai.

Ia hasil sumbangan warga PSA, jabatan serta agensi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Ini adalah kali ketiga pasukan sukarelawan PSA turun ke Sri Nanding membantu kerja-kerja pembersihan berikutan kawasan ini merupakan antara yang paling teruk terjejas akibat banjir di Selangor.

-RI

Tinggalkan komen anda