Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelajar OKU Juara Pertandingan Hafazan Al-Quran Antarabangsa

By 27 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 27 Dis (Malaysiaaktif) – Pelajar Techno Huffaz Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Anas Mazlan dinobatkan sebagai johan ‘International Quran Competition 2021’ kategori orang kurang upaya (OKU).

Beliau merupakan pelajar OKU kategori masalah pembelajaran mengalahkan 132 peserta lain dari empat negara yang bertanding.

Katanya, menjadi golongan istimewa bukanlah penghalang untuk menghafal Al-Quran, namun yang penting adalah minat dan usaha.

“Menang atau kalah tidak penting kerana musabahaqah perlu diteruskan untuk ceriakan hidup kita dengan Al-Quran,” katanya ketika dihubungi semalam.

‘International Quran Competition 2021’ diadakan secara dalam talian bermula 11 hingga 19 Disember lalu melibatkan peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Burnei.

Antara peserta yang menyertai pertandingan 'International Quran Competition 2021' secara dalam talian baru-baru ini.

Antara peserta yang menyertai pertandingan ‘International Quran Competition 2021’ secara dalam talian baru-baru ini.

Pengumuman pemenang dibuat semalam secara dalam talian oleh pihak penganjur, Annur Quranic Centre Malaysia.

Sementara itu, Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail, berkata kejayaan Anas membuktikan program Techno Huffaz PSA signifikan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan holistik dan seimbang.

Malah katanya, kejayaan pemuda berusia 21 tahun itu mengangkat kebolehan pelajar OKU ke tahap maksimum.

“Anas adalah satu lagi ikon pelajar Techno Huffaz PSA dan diharap kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada  pelajar-pelajar yang lain.

“Prestasi cemerlang ini hasil penerapan Model Pembangunan Pelajar PSA, ILEAPS (Innovation, Leadership, Entrepreneur, Academic Excellence, Practical Competence & Social Responsibility) sejajar elemen JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelektual) dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda