Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

RON97 Naik Satu Sen, RON95 dan Diesel Kekal

By 16 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter daripada RM2.99 kepada RM3.00 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Disember.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.

Harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda