Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tiada Sambutan Ambang Tahun Baharu

By 31 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Tiada sebarang permit sambutan tahun baharu diluluskan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena malam ambang tahun baharu hari ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata langkah itu untuk mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Hazani berkata pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara diarah untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan bagi memastikan tiada orang ramai berkumpul dan melakukan aktiviti melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara.

“Saya mengingatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam menjelang tahun baharu esok di mana-mana lokasi tumpuan ramai,” katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata tiada sebarang pertunjukan bunga api akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan pusat beli-belah Pavilion di ibu kota.

Beliau berkata pihaknya juga akan menjalankan rondaan keselamatan di lokasi-lokasi tumpuan ramai bagi mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda