Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

99 Peratus Kes COVID-19 Kategori Satu dan Dua

By 30 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 30 Jan (Malaysiaaktif) –  Sebanyak 99 peratus atau 5,089 kes daripada 5,139 kes COVID-19 dilaporkan semalam terdiri daripada kategori satu dan dua, manakala satu peratus atau 50 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,861,069.

Malaysia terus merekodkan trend peningkatan kes baharu COVID-19 dan kembali mencatatkan angka melepasi 5,000 pada Khamis (27 Januari) iaitu 5,439, selepas kali terakhir pada 10 Disember lepas diikuti 5,522 kes dilaporkan kelmarin.

“Daripada 5,139 kes, sebanyak 226 adalah kes import dan 4,913 kes tempatan, manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 119 kes dan 69 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan harian situasi semasa jangkitan COVID-19 semalam.

Beliau berkata sebanyak 3,767 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh setakat ini ialah 2,777,715 orang.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak lima kluster baharu direkodkan dengan 291 kluster masih aktif setakat ini, sementara kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara berada pada paras 1.15 dengan Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.19, setakat kelmarin.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda