Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON97, RON95 dan Diesel Kekal

By 20 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan 

PUTRAJAYA, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 20 hingga 26 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam memaklumkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM3.07, RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda