Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penganggur Didakwa Bunuh Dua Beradik

By 12 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, atas dua pertuduhan membunuh dua beradik dalam satu insiden melibatkan kebakaran di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, Rawang, September lepas.

Mohd Fauzi Selamat, 46, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Fauzi didakwa membunuh seorang remaja perempuan, B. Diviyah, 19, dan adik lelakinya yang berumur tiga tahun, B. Visnu di rumah mereka di Jalan Tambahan 2, Kampung Baru Kundang, Rawang dekat sini, antara 10.10 pagi dan 10.40 pagi, pada 14 September 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Turut hadir dalam prosiding itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa Mahendren Naidu.

Ketika ditemui media di perkarangan mahkamah, ibu bapa mangsa P. Chitra devi dan T. Balan masing-masing berusia 48 tahun yang menangis teresak-esak berkata mereka mahu keadilan ke atas apa yang berlaku terhadap anak mereka.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda