Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Penganjuran Pelbagai Sambutan Perayaan Bukti Negara Kekal Harmoni

By 17 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya (Ampang)

AMPANG, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan Keluarga Malaysia yang dipamerkan dalam setiap penganjuran program sambutan perayaan di negara ini bukti Malaysia sebuah negara yang harmoni.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata Sambutan Pesta Ponggal ini misalannya dapat mengeratkan perpaduan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

“Pesta Ponggal merupakan sambutan tradisi masyarakat India setiap tahun dalam menghargai para petani yang menanam padi dan jagung untuk dijadikan sumber makanan utama dan bukan sahaja masyarakat India tetapi kaum Melayu dan Cina turut menyambutnya bersama-sama.

Thiruyanasambanthar (kiri) mengiringi Zuraida melawat pertandingan melukis kolam menggunakan beras berwarna-warni.

Thiruyanasambanthar (kiri) mengiringi Zuraida melawat pertandingan melukis kolam menggunakan beras berwarna-warni.

“Kita semua perlu rajin berusaha agar sentiasa berjaya, semoga Pesta Ponggal tahun ini dapat mendatangkan kemakmuran dan rezeki kepada kita semua serta membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19,” ujarnya yang ditemui selepas merasmikan sambutan Pesta Ponggal Parlimen Ampang di tempat letak kereta sebuah pasar raya, di sini semalam.

Dalam pada itu, penasihat program tersebut Dr. Thiruyanasambanthar Viswanathan, 40, berkata ini merupakan kali pertama Sambutan Pesta Ponggal diadakan selepas pandemik COVID-19 melanda negara.

Persembahan tarian sempena Sambutan Pesta Ponggal.

Persembahan tarian sempena Sambutan Pesta Ponggal.

“Pertandingan memasak ponggal, melukis kolam menggunakan beras berwarna-warni, memecahkan pot dalam keadaan menutup mata, persembahan tarian dan cabutan bertuah merupakan antara aktiviti Sambutan Pesta Ponggal peringkat Parlimen Ampang kali ini.

“Pertandingan ini tidak menumpukan kepada masyarakat India sahaja, malah kaum Melayu dan Cina turut menyertainya di mana kami memperuntukkan sejumlah RM6,000 bagi nilai keseluruhan hadiah pertandingan yang dianjurkan,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda