Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pertambahan Pelancong ke Terengganu Bakal Tingkat Pendapatan Peniaga

By 12 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Sasaran tiga juta pelancong dijangka berkunjung ke Negeri Terengganu pada tahun ini membuatkan majoriti para peniaga di sini mampu menarik nafas lega.

Ini berikutan, Rabu lalu, di dalam satu kenyataan media, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman, berkata kerajaan negeri akan mengkaji semula jumlah sasaran 3 juta pelancong itu selepas enam bulan bergantung kepada keadaan semasa COVID-19.

Menurut Ariffin, ketika ini kerajaan negeri telah merancang 22 acara utama berkaitan pelancongan dan kebudayaan sepanjang tahun ini seperti program ikonik candat sotong, Tahun Melawat Kenyir serta karnival kebudayaan Terengganu.

Sementara itu, hasil tinjauan dilapangan mendapati para peniaga tempatan gembira apabila kerajaan negeri mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu para peniaga memulihkan semula ekonomi perniagaan mereka.

Rosnani Ismail mengharapkan tiada lagi pelaksanaan PKP pada masa akan datang kerana para peniaga kecil mengalami kerugian yang besar.

Rosnani Ismail mengharapkan tiada lagi pelaksanaan PKP pada masa akan datang kerana para peniaga kecil mengalami kerugian yang besar.

Pengusaha sewa kenderaan, Nufa Travel & Tours Sdn Bhd, Rosnani Ismail, 46, berkata sebelum ini beliau terpaksa menutup perniagaannya kerana tidak dibenarkan beroperasi kerana penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan larangan merentas negeri.

“Sebaik sahaja dibenarkan beroperasi, perniagaan kami tetap sahaja mengalami kerugian kerana orang ramai masih tidak dibenarkan merentas negeri untuk menjalankan aktiviti pelancongan.

“Ketika ini, perniagaan saya baharu sahaja kembali rancak dan memerlukan masa untuk ekonomi kembali pulih semula seperti sediakala, “ katanya dengan harapan bahawa tiada lagi pelaksanaan PKP dibuat semula pada masa akan datang.

Mohd Halim berharap program-program yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mohd Halim berharap program-program yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sementara itu, bagi pekerja kedai menjual ikan dan sotong celup tepung, Mohd Halim Zuki, 25, berkata kesemua program-program yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri tersebut akan dapat menarik minat orang ramai untuk melancong ke negeri ini sekaligus memberi impak yang tinggi kepada manfaat rakyat.

“Semoga program ini akan memulihkan semula sektor pelancongan dan kelangsungan para peniaga yang terkesan kerana penularan pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah Mohd Halim, beberapa tahun lepas, hasil jualan perniagaan agak merosot dan menjejaskan sedikit pendapatannya sebagai pekerja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda