Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kuala Perlis)
KUALA PERLIS, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Rakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Sukarelawan Trash Hero Perlis menganjurkan Program Penanaman Pokok Bakau dan Pembersihan Pantai di Persisiran Pantai Pulau Ketam Kuala Perlis dalam usaha untuk mendidik orang ramai untuk mencintai dan menjaga alam sekitar.
Menurut Pengarah PPDNHEP Perlis Norazah Jaapar, program ini mendapat kerjasama dari Kelab Trash Hero Perlis, Kelab Kebajikan Dan Rekreasi (KEBARA) PPDNHEP Perlis dan Pejabat Perhutanan Negeri Perlis untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai penjagaan alam sekitar dan kesan buruk penggunaan plastik sekali guna serta polistrien makanan.
“Seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri dari ahli-ahli Kelab Pengunaan Negeri Perlis, Pensyarah dan pelajar dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia Sintok terlibat di dalam program ini.
“Hanya dalam masa tiga jam sahaja sebanyak 346.7 kilogram sampah di pesisiran pantai ini telah di kutip dan di kumpulkan untuk di serahkan ke tempat pelupusan,” katanya ketika ditemui pada Program Penanaman Pokok Bakau dan Pembersihan Pantai di Persisiran Pantai Pulau Ketam Kuala Perlis, di sini, semalam.
Tambah beliau, sebanyak 100 pokok bakau kurap telah di sediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis untuk di tanam para peserta program tersebut yang mana ia bersesuaian dengan Kempen Penghijauan Malaysia 100 juta pokok 2021- 2025.
Salah seorang peserta yang ditemui, Siti Nurjanah Abdul Hamid berkata, penganjuran program seumpama ini sangat memberi manfaat dan kesedaran kepada diri dan keluarga tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
“Hari ini saya turut membawa anak, Anggun Naurah Azibi,7, bersama untuk menanam pokok bakau kurap.
“Dengan penyertaan ini secara tidak langsung dapat mendidik beliau untuk sentiasa menghargai alam sekitar dan saya berharap program seumpama ini dapat di teruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.
-NI-