Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah US$116.2 Bilion Setakat 14 Januari 2022

By 24 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$116.2 bilion setakat 14 Januari, 2022.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$102.6 bilion), kedudukan rizab IMF (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$6.0 bilion), emas (US$2.3 bilion), dan aset rizab lain (US$3.9 bilion).

Aset pula terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM484.17 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.21 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM875.33 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.87 billion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset lain (RM21.30 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM182.21 bilion), mata wang dalam edaran (RM153.10 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM145.40 bilion), deposit kerajaan persekutuan ((RM17.29 bilion), deposit lain (RM6.10 bilion), kertas Bank Negara (RM7.28 bilion), peruntukan SDR (RM28.15 bilion) dan liabiliti lain (RM5.96 bilion).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda