Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sultan Ibrahim Perkenan Bubar DUN Johor

By 22 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PUTRAJAYA, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“(Menurut) Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022,” titah Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene pada 5 petang.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pertemuan itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda