Laporan/foto: Siti Zuraida (Negeri Sembilan)/ IPD Jempol
JEMPOL, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Penyerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) – Tanpa Istiadat telah berlangsung bersempena lawatan kerja rasmi YDH SAC Dato’ Che Zakaria Bin Othman – Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan di Dewan Serbaguna IPD Jempol pagi semalam.
Program ini adalah antara jadual kerja YDH Dato’ Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ke seluruh daerah di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan bagi menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara yang masih belum diserahkan kepada Pesara Polis di seluruh Negeri Sembilan.
Bagi daerah Jempol, seramai 11 Pesara Polis telah dikenalpasti dan pihak IPD Jempol menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga atas kelapangan masa yang diberikan untuk sama-sama hadir menjayakan majlis yang diadakan.
-ZS-