Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,720 Kes Baharu Dilaporkan

By 4 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara tidak banyak berubah apabila 5,720 kes direkodkan semalam berbanding 5,736 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,887,780.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu semalam, sebanyak 43 melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua.

“Daripada kes hari ini (Khamis) juga, sebanyak 130 adalah kes import dan 5,590 kes tempatan manakala 114 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,968 pesakit dilaporkan pulih semalam menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini ialah 2,794,354.

Beliau juga berkata 15 kluster baharu direkodkan dengan 332 kluster masih aktif setakat ini.

Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pula berada pada paras 1.14 dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.24 diikuti Johor (1.20) dan Pulau Pinang (1.19) setakat kelmarin.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda