Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

AP Import Ayam Diteruskan

By 12 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan masih meneruskan pemberian Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam bulat beku dari luar negara kepada syarikat pengeluar tempatan walaupun pemberian subsidi kepada penternak kini dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata langkah itu adalah bagi memastikan masalah kekurangan bekalan yang dihadapi pengguna dapat diatasi, di samping menstabilkan harga dan bekalan ayam di pasaran.

“Kita juga tidak mengesyorkan pengeluar untuk menghentikan atau mengurangkan import ayam dari luar kerana dalam jangka masa panjang tindakan itu akan merugikan dan pastinya negara-negara pengimport akan mencari sumber lain.

“Syarikat yang terlibat juga telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang dan sudah tentu mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menghentikan bekalan,” katanya kepada pemberita di Melaka semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis serahan sumbangan bekalan makanan haiwan menerusi program MAFI Prihatin yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Shamsul Akbar Sulaiman.

Sebelum ini kabinet bersetuju memberi subsidi harga ayam RM0.60 sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat, serta RM0.05 bagi sebiji telur ayam untuk semua kategori kepada penternak, sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) dari 5 Februari hingga 4 Jun ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda