Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

BSMM Sabah Anjur Program Derma Darah Sehingga Mac Depan

By 21 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/BSMM Sabah

KOTA KINABALU, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah menganjurkan Program Derma Darah bermula 25 Februari ini hingga penghujung bulan Mac depan di ibu pejabatnya.

Program yang bakal berlangsung pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang itu bertujuan untuk memastikan bekalan darah yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang kelewatan pembedahan mahupun transfusi darah kepada pesakit Talasemia yang dijadualkan.

Program kali ini merupakan anjuran bersama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Majlis Belia Sabah, Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth 2 serta menerima tajaan Malaysia China Chamber of Commerce Women Entrepreneurs of Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda