Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Dalam Krisis Ada Peluang

By 21 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Dexter Cysonned Ibrahim

RANAU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Tatkala diduga dengan pandemik COVID-19, Arnab Village bukan sahaja mampu bertahan malah bangkit dengan tarikan baharu, Magical Garden.

Pengasasnya, Jubair Juhinin, 32, berkata beberapa tips digunakan dalam usaha beliau menghadapi krisis kewangan iaitu yakin, usaha luar biasa, simpan dahulu belanja kemudian, utamakan yang utama serta fokus terhadap perkara dalam kawalan.

Jubair memulakan Arnab Village pada tahun 2016 ketika berumur 26 tahun dan kini mempunyai lebih kurang 20 pekerja di bawah syarikatnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda