Laporan/foto: Zaini Dollah (Pulau Pinang)
NIBONG TEBAL, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Isu kekurangan bekalan telur ayam masih berlanjutan dan membimbangkan orang ramai terutamanya masyarakat Islam yang bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Teow Yeang Keng, pemborong telur, berkata, masalah kekurangan bekalan yang berlaku sejak kebelakangan ini adalah disebabkan penternak tidak mampu menampung kenaikan kos makanan ayam telur serta upah buruh yang mendadak menyebabkan bekalan terganggu.
Menurutnya lagi, sebahagian masyarakat membuat belian panik dengan melakukan pembelian dalam kuantiti banyak daripada biasa ekoran terpengaruh dengan dakwaan tular melalui media sosial berkaitan krisis bekalan telur mengeruhkan lagi keadaan.
-ZS-