Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sampaikan Bantuan Secara Pandu Lalu

By 19 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Mangsa banjir di Kampung Hosapa menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas (BPBKA) yang terjejas akibat banjir pada Disember lalu.

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas (BPBKA) adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan berjumlah RM2500 untuk mangsa banjir.

Bantuan diberikan kepada ketua isi rumah yang layak. Uniknya bantuan diberikan melalui kaedah pandu lalu ‘drive thru’ yang mengunakan motosikal,kereta mahupun berjalan kaki bagi mengelakkan kontak rapat dari di jangkiti Covid-19.

Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Sungai Lui Razi Mohd Ali yang mewakili Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda