Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM35 juta bagi melaksanakan projek naiktaraf dan membaiki lebih dari 10 kilometer benteng pantai yang terjejas sepanjang pantai dua daerah ini.
Satu sidang media khas bersama Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Mansor Othman dalam lawatan kerjanya di Pantai Raja Sehari, Perpat Laut Rengit petang semalam turut membincangkan mengenai rancangan menangani hakisan pantai dan perancangan memasang pam air bagi menangani masalah banjir termenung akibat sistem saliran dan perparitan serta pembangunan tidak terancang.
Melalui RMK 12, Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam proses permohonan peruntukan kerja penggalian sungai, menaiktaraf benteng sungai dan pembinaan struktur kawalan air yang dianggarkan bakal menelan kos sebanyak RM190 juta bagi mengatasi masalah ini.
-ZS-