Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kempen Bulan Penghayatan Ibadah Solat dan Malam Kesenian Islam

By 26 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Arif Fadhila/Mohamad Hafiz Haziah (Besut)

BESUT, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Makro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman telah merasmikan Kempen Bulan Penghayatan Ibadah Solat dan Malam Keseniam Islam di Dataran Jerteh, semalam.

Kempen tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam untuk menghayati ibadah solat.

Pelbagai acara berlangsung sepanjang kempen diadakan termasuklah forum Penghayatan Ibadah Solat oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, takzirah, pidato cilik, nasyid dan puisi serta dikir zikir.

Malam Kesenian Islam telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan majlis penutup disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut, Mohd Rashdan Muda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda